Monday 19 February 2018

HARI KELUARGA : RAFFLESIA'18

      Kaherah, 14 Februari 2018: Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah berpecah belah (Surah Ali-Imran ayat 103). Kesinambungan daripada ayat ini, Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir telah menganjurkan program yang diberi nama Reunion of BKKIMMs Family 2018 (RAFFLESIA18) yang berlangsung sepanjang 8, 10 dan 11 Februari. Seramai 130 orang menyertai program pada kali ini. Dengan bertemakan “Together We Unite, Forever We Will Be Alright, program ini bertujuan untuk mempererat persaudaraan atas dasar akidah islamiah tanpa mengira latar belakang, sehingga  dapat melahirkan rasa kasih sayang dalam kalangan ahli kepada kesatuan Islam ini agar dakwah dan kesyumulan Islam dapat terus dirasai oleh warga BKKIMM. Seterusnya membina kesedaran ahli akan kepentingan kebersamaan, sokongan dan sumbangan kepada BKKIMM dan membina mahasiswa/wi yang berpengetahuan luas dalam setiap tindakan dan aktiviti yang dijalankan.

RAFFLESIA18 membuka tirainya dengan penganjuran Ambang, yang bertarikh pada 4 Februari iaitu dengan menganjurkan Futsal Tournament  di sebelah Ikhwah, bertempat di Champion Arena manakala Talkshow The Miracle of Brotherhood  di sebelah akhawat, yang bertempat di Surau Rumah Melaka Sementara III (RMS III). Selain itu, telah melaksanakan Gotong-royong Perdana  pada 7 Februari, anjuran kerjasama Komiti RAFFLESIA18 dan Unit Perumahan.
Proram telah dimulakan dengan pengisian Munajat Cinta dan tazkirah khas daripada Ustaz Muhammad Aidil bin Hassim, Pengarah Tabung Khas Anak Melaka Mesir sesi 2017/2018. Kemudian di sebelah ikhwah memulakan pagi tersebut dengan sarapan dan Indoor Game di Surau RMS III. Seterusnya diteruskan dengan slot Sentuhan Qalbu di sebelah malam. Manakala di sebelah akhawat telah bertolak ke Dumyat Jadid dan Rasu Bar untuk mengadakan Outdoor Game dan BBQ. Pada hari yang seterusnya ikhwah telah memulakan perjalanan ke Rasu Bar untuk pengisian Outdoor Game & BBQ, manakala di sebelah akhawat aktiviti Indoor Game, potluck dan Spreading Dakwah Day di RMS III. Pada sebelah malam pula telah diadakan slot Sentuhan Qalbu  dan ditutupi dengan katibah di RMS III.

Pada hari terakhir, program diisi dengan  tazkirah khas pimpinan daripada Ustaz Muhammad Akram bin Mamad Timbalan Setiausaha Agung (Unit Pendidikan) BKKIMM sesi 2017/2018. Program dilanjutkan la gi pada sebelah petang dengan mengadakan Talkshow UBM dan Spreading Dakwah Night  bagi ikhwah sekaligus ucapan daripada pengarah Ustaz Abdul Wafi bin Abdul Aziz dan ucapan Penutup oleh Ustaz Muhammad Anuar Bin Abdullah, Yang Dipertua Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2017/2018. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah bagi aktiviti yang dipertandingkan sebelum dan sepanjang program serta dihidangkan jamuan buat para hadirin.
Akhirnya, selain dapat menyatukan ukhuwah antara ahli BKKIMM, harapan komiti RAFFLESIA18 agar ahli BKKIMM sedar tentang kepentingan perpaduan antara umat Islam berdasarkan aqidah Islamiah supaya dapat membentuk kekuatan yang jitu dalam segala tindakan sekaligus terbinanya mahasiswa/wi yang produktif dan berpengetahuan luas dalam segala aspek.

“Together We Unite, Forever We Will Be Alright
“Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti
“Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan

#TogetherWeStand
#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

Disediakan oleh:
Setiausaha (Protokol), Reunion of BKKIMMs Family 2018 (RAFFLESIA18),
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir sesi 2017/2018

No comments:

Post a Comment