SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI KAMI Medium rasmi wadah kesatuan anak-anak Melaka Mesir.

UPP BKKIMM 2017. Powered by Blogger.
KAHERAH, 20 Disember 2017 – Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah mengadakan sebuah program berbentuk santai yang dinamakan RELAX. Tujuan program ini dilaksanakan bagi merehatkan minda semua ahli BKKIMM sebelum menghadapi imtihan tidak lama lagi.

   Antara objektif penganjuran RELAX adalah merapatkan ukhuwah antara ahli BKKIMM di dalam fatrah imtihan. Selain itu, memberikan semangat dalam menghadapi imtihan dan memupuk semangat kerjasama antara ahli BKKIMM. Ia juga disambut baik dengan kehadiran ahli seramai lebih kurang seratus orang.

   Aktiviti ringkas RELAX dimulai dengan penyediaan juadah makanan, seterusnya solat hajat dan tahlil ringkas seusai solat maghrib berjemaah. Setelah itu, ahli BKKIMM diperdengarkan kalam motivasi daripada Yang Dipertua BKKIMM Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah dan diakhiri dengan jamuan menarik daripada RELAX.
   Akhir sekali, kami BKKIMM mengharapkan dan berdoa agar semua ahli BKKIMM dipermudahkan urusan serta berjaya dalam imtihan kali ini. Semoga Allah sentiasa memberkati dan meredhai ahli serta kesatuan ini.

Sekian, Terima Kasih.

“Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti”
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

Disediakan oleh :
Setiausaha,
RELAX’17
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2017/2018
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Baginda S.A.W, ahli keluarga, para sahabat serta penyambung risalah Baginda S.A.W. Semoga Allah merahmati hamba-hambanya khusus yang terus menyambung rantai perjuangannya dan umum seluruh umat Islam.

     Taakhi Zon D, Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP), Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) telah berjaya melaksanakan satu program "Ziarah dan Iftar Jamaie Taakhi Zon D".

     Program tersebut telah berlangsung di Rumah Melaka Sementara lll (RMS lll) pada tarikh 7 Disember 2017. Objektif utama sudah semestinya bagi merapatkan ukhuwah antara taakhi. Kedua, bertukar-tukar pandangan berkaitan permasalahan semasa yang berlaku

Semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diadakan dengan lebih lebih kerap lagi supaya dapat memperkukuhkan jalinan hubungan antara taakhi khususnya, mahasiswa Malaysia umumnya.

"Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti"
"Memurnikan Pemikiran  Melestarikan Kesatuan"
Kaherah, 11 Disember 2017, Isnin: Sutuh Rumah Melaka Sementara III (RMS III) sekali lagi telah merakamkan perjalanan program perjumpaan diantara ahli dan pimpinan bagi membuka ruangan perbincangan berkenaan kadar sewaan RMS III pada masa akan datang. 
Perbincangan pada pertemuan kali ini dikendalikan sendiri oleh Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah, Yang Dipertua BKKIMM sesi 2017/2018 dan ditemani bersama Ustaz Ahmad Solihin bin Ahmad Tamrin Zakry, Bendahari Agung (Ketua Unit Kebajikan) sesi 2017/2018.

    Perjumpaan ini diberkati dengan bacaan doa  daripada Ketua Unit Dakwah, Ustaz Sharul Ikmal bin Rahim. Perbincangan dimulai dengan pembentangan jumlah kemasukan dan pengeluaran Tabung Kebajikan Anak Melaka Mesir (TKAMM) oleh Ustaz Ahmad Solihin. Seusai pembentangan, Yang Dipertua BKKIMM telah menjelaskan berkenaan permasalahan yang dihadapi oleh BKKIMM berikutan peningktan kadar yuran sewaan ahli.

   Seterusnya, BKKIMM membuka ruangan perbincangan dan mengumpulkan pandangan ahli dalam menyelesaikan permasalahan secara bersama. Tuntas daripada itu, pihak pimpinan merangkumkan daripada hasil perbincangan tersebut dan membuat keputusan yang terbaik dengan yuran sewaan yang terpaksa dinaikkan itu ditanggung sepenuhnya oleh BKKIMM buat sementara waktu dan akan menyusun tindakan susulan bagi menangani perkara tersebut
Semua ahli telah bersama bersepakat dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua BKKIMM. Akhir perjumpaan ini ditutup dengan bacaan doa, sesi bergambar bersama ahli dan jamuan ringan.

Sekian, Terima Kasih.


“Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti”
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

Disediakan oleh:
Athirah binti Mohd Safi'uddin
Naib Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2017/2018.
KAHERAH, 27 november - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menjayakan sebuah program "AHLAN SYITA" pada 27 November yang lalu bersempena dengan kemasukan musim sejuk yang baru sahaja menjelang tiba. Program ini telah diadakan di Surau Rumah Melaka Sementara lll, Hayyu Sabik di bawah anjuran Jabatan Bendahari Agung (Unit Kebajikan) BKKIMM sesi 2017/2018 dan dihadiri oleh anak-anak Melaka di Mesir.

   Objektif program ini dilaksanakan adalah bertujuan menerangkan kepada ahli BKKIMM mengenai persiapan yang perlu ada ketika musim sejuk . Di samping itu juga, memberi pencerahan kepada ahli tentang penyakit-penyakit yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar pada musim sejuk serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKKIMM. Program ini bermula pada  jam 8 malam dengan ucapan pengerusi majlis dan diteruskan dengan pengisian daripada Doktor Zaim bin Mohd Zaini yang merupakan pelajar PERUBATAN Al-Azhar tahun 4 dan disertakan dengan sesi soal jawab antara ahli dan pengisi, pada akhir majlis juga diselitkan dengan taklimat keselamatan RMS III yang diterangkan oleh Unit Perumahan BKKIMM sesi 2017/2018.

  Akhir sekali, semoga dengan pelaksanaan program ini dapat mengingatkan kita tentang penjagaan yang perlu ada ketika musim sejuk supaya terhindar daripada penyakit-penyakit dan semoga dapat terus menjalankan aktiviti Islam serta istiqomah dalam menyampaikan risalah dakwah Islamiyyah.

"Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti"
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

Disediakan oleh : 
Setiausaha | Jabatan Bendahari Agung (Unit Kebajikan) | BKKIMM sesi 2017/2018
KAHERAH, 3 DISEMBER - Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) telah menjayakan sebuah program "Tausiyah Maulidur Rasul 1439 H" pada 3 Disember yang lalu bersempena dengan Sambutan Hari Kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W pada tahun ini. Program ini telah diadakan di Maktabah Syeikh Rif'at Fauzi, Hayyu Sabik. Program ini adalah di bawah anjuran Unit Dakwah BKKIMM sesi 17/18 dan dihadiri oleh anak-anak Melaka di Mesir.

   Objektif  program ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan ahli BKKIMM yang menghayati sirah perjuangan Nabi S.A.W. Di samping itu, menerapkan nilai adab dan tarbiyah kepada ahli serta menyatupadukan ukhuwah dalam kalangan ahli BKKIMM.

   Program bermula selepas solat Asar dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis kemudian diteruskan dengan pengisian ilmiah iaitu bacaan Hadith serta Tausiah yang disampaikan oleh Syeikh Rif'at Bin Fauzi. Majlis dimeriahkan lagi dengan alunan qasidah yang dipersembahkan dari Kumpulan Shoutul Azim sejurus selepas mendengar pengisian dari Syeikh Rif'at. 

   Akhirnya, semoga dengan pelaksanaan program ini dapat mengingatkan kita akan erti pengorbanan Baginda Muhammad S.A.W dalam menyampaikan dakwah Islam sehingga dapat dikecapi oleh umat Islam pada hari ini. Harapannya semoga kita semua tergolong dalam kalangan umat yang dapat meneruskan perjuangan Baginda supaya Islam akan tertegak di muka bumi Allah SWT suatu hari nanti. 

"Mahasiswa Rabbani, Membumi Bakti"
"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"

#FastabiqulKhairat
#BKKIMMKesatuanKami
#BersamaBersatu

Disediakan oleh :
Izzah Hafizah Binti Abdul Halim 
Timbalan Pengarah (Setiausaha) Komiti Program Sambutan Mulidur Rasul 1439 H
Unit Dakwah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir
sesi 2017/2018
author
BKKIMM
Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir kini menjangkau usia 40 Tahun dalam memimpin wadah kesatuan anak Melaka sejak 1976. Tahun demi tahun, badai dan ujian yang datang mematangkan dan menguatkan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) ini agar terus kukuh dan utuh dalam memimpin wadah ini.